Tuesday, August 11, 2009

PENGENALAN SYARIKAT

TEGUH CEMERLANG SUPPLY & SERVICE   adalah sebuah Syarikat Persendirian yang telah ditubuhkan pada 19hb Feb 2009, untuk melibatkan diri dalam bidang Bekalan & Perkhidmatan. TEGUH CEMERLANG SUPPLY & SERVICE  telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia ( No.Ruj 357-02139787 ). Syarikat ini bertaraf Bumiputra dan diterajui oleh beberapa orang usahawan muda yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan juga teknikal. Dengan kombinasi kepakaran dan pengalaman Pengurus dan juga Kakitangan Syarikat yang bermotivasi tinggi, kami menjanjikan        TEGUH CEMERLANG SUPPLY & SERVICE   mampu bersaing dengan syarikat-syarikat yang setaraf dengannya.

            Sebagai sebuah Syarikat yang terdiri daripada 100% Bumiputra, kami beriltizam untuk menawarkan khidmat yang terbaik serta bekerja dengan mana-mana pihak demi menjayakan segala projek atau kontrak yang dipertanggungjawabkan kepada  TEGUH CEMERLANG SUPPLY & SERVICE.

            Hasrat kami adalah untuk berjaya dalam bidang Bekalan dan Perkhidmatan yang kami ceburi, serta bertujuan untuk bersama-sama menyumbang ke arah Pembangunan Negara sekaligus menjayakan Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun. Dr. Mahathir Bin Mohamad dan juga pesanan dari Perdana Menteri yang Ke-5, membawa dan memartabatkan Malaysia agar menjadi sebuah Negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta bekerjasama dalam membantu belia untuk memajukan Negara oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.







Related Posts with Thumbnails